10+ Tempat Makan Menarik di Langkawi Paling Best


Setuju tak kalau admin cakap destinasi pelancongan terbaik ialah yang penuh dengan tempat makan menarik?

Kalau setuju, Langkawi ni memang gempak, banyak gila kedai makan seronok!

Dari restoran mewah sampai gerai tepi jalan, pelbagai pilihan untuk puaskan selera pelancong.

11 Tepmpat Makan Menarik di Langkawi


Bagi elak kekecewaan ketika menikmati makanan, Mainjuseyo senaraikan 11 tempat makan menarik di Langkawi yang terbaik.

Curious di mana? Teruskan membaca untuk temui tempat makan yang pasti memuaskan selera anda.


1. Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi

Bawa deria rasa anda ke Jepun dengan nikmati hidangan asli di Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi, milik keluarga Jepun.

Kedai ini terkenal sehingga pengunjung dari New York menyebutnya sebagai restoran Jepun terbaik yang pernah dicuba.

Dylan Rapoport berkongsi, “Servis yang berkualiti tinggi, dan ikannya sangat segar sehingga membuatkan saya rasa seperti tidak pernah merasai sushi ikan sebenar sebelum ini.”

Tiram bakar, sup miso, belut bakar, sushi, dan set salmon antara hidangan yang patut dicuba di sini. Jom serbu!

Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (06.00 pm–11.00 pm) | Rabu (Tutup)


2. Restoran Seashell

Di tengah sawah padi, Restoran Seashell menawarkan suasana nyaman dengan lantai kayu.

Terletak dekat Muzium Laman Padi, restoran ini menawarkan masakan Melayu yang enak dalam saiz besar dan harga berpatutan.

Jangan lepaskan peluang singgah!

Alamat: Seashells Restaurant, Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (02.00pm–12.00am) | Rabu (Tutup)


3.Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi


Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi, restoran yang cocok bagi pelancong bajet, terkenal dengan harga yang sangat mampu.

Rasanya yang mantap membuatnya pilihan hebat.

Lokasinya berdekatan Pantai Cenang, sempurna untuk nikmati makanan dan pemandangan laut yang indah.

Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi


4. Restoran Padang Pasir

Perut berbunyi di tengah malam? Jangan risau! Restoran Padang Pasir buka 24 jam.

Nikmati pelbagai masakan mamak seperti roti paratha, chapati, thosei, dosa, roti canai, ayam tandoori, kari, mee goreng, dan banyak lagi!

Jangan lepaskan nasi kandar dan apom lenggang, enaknya terasa saat masih panas.

Harganya juga sangat berpatutan.

Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 Jam


5. Jom Ikan Bakar

Nak nikmati hidangan kampung yang simple? Jom ke Jom Ikan Bakar di Padang Matsirat.

Ikan bakar berperencah, nasi putih, ulam, dan sambal belacan – baunya saja dah memikat selera.

Tempatnya selesa untuk bersantai dengan keluarga. Jangan lupa air coconut shake di gerai sebelah sebelum pulang!

Alamat: Jom Ikan Bakar Masakan Ala-Kampung, Jalan Lapangan Terbang, Langkawi 07000

Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00 am–05.00 pm)


6. Laksa Power

Saksikan kapal terbang berlepas dan lautan biru sambil menikmati laksa hebat di Laksa Power.

Keseimbangan rasa masam, masin, dan manis laksa membuat anda mahu lebih lagi.

Selepas itu, cendol sebagai pencuci mulut sambil menikmati matahari terbenam yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00am–08.00pm)


7. Veena Restaurant Thai Seafood

Pejamkan mata sambil nikmati kuah tom yam di Veena Restaurant Thai Seafood.

Rasanya yang padat, pekat, pedas, dan masam akan membawa anda ke Thailand.

Hidangan berpatutan ini wajib dicuba sebelum pukul 8 malam.

Alamat: 3, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (05.00 pm–11.30pm)


8. Kaki Gunung Café

Dari gerai air kelapa ke kedai makan terkenal, Kaki Gunung Cafe menawarkan nasi Arab berlauk kambing enak dalam harga bajet.

Selain itu, nikmati chicken wrap, roti leleh, burger, kebab kambing, dan lebih lagi.

Menu pelbagai dari masakan barat, Melayu, hingga Cina.

Kafe ini tak hanya terkenal dengan nasi Arab, tetapi juga menyediakan kemudahan tandas dan surau yang selesa.

Jangan lepaskan peluang merasai coconut shake enak sebagai pencuci mulut.

Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am–11.00pm) | Jumaat (Tutup)


9.

EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )

Jangan tertipu dengan nama EE Burger Trimula Cafe, kerana selain burger, mereka juga menyajikan pelbagai hidangan grill, pasta, steak, dan masakan tempatan.

Harganya tak terduga murah, dan saiz hidangan cukup mengenyangkan.

Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (05.00pm–12.00am) | Rabu (Tutup)


10. Warung Jati Aisya

Kalau boleh, nak makan di Warung Jati Aisya setiap hari!

Ini adalah komen dari pengunjung yang terpukau dengan pelbagai pilihan lauk-pauk beraneka rasa, ditawarkan dengan harga sangat berpatutan.

Cubalah sekali, pasti anda akan kembali lagi. Setiap kunjungan memberi peluang merasa menu berbeza dengan lauk-pauk ikan, ayam, daging, sayur, dan kuah yang berlimpah.

Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (07.00am–05.30pm)


11. HBL Food Corner

HBL Food Corner di Langkawi terkenal sebagai restoran masakan tempatan terbaik.

Pilih pelbagai masakan ala kampung seperti sayur, kari, ikan bakar, dan lain-lain.

Kerabu bronok dan air asam adalah padanan utama.

Sambil makan, nikmati pemandangan Gunung Raya yang menakjubkan.

Alamat: HBL Food Corner, Kampung Lubok Dalam, Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am–04.00pm


11 destinasi makan menarik di Langkawi hanya sebahagian daripada pelbagai kedai makan di Pulau Lagenda ini.

Rasakan pengalaman menjamu selera serata dunia dari Thailand hingga Perancis.

Tangguhkan diet dan nikmati pelancongan anda dengan cita rasa yang menggiurkan di Langkawi! Selamat bercuti!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *